Proses Tempahan
Masa yang sesuai untuk membuat pesanan
Sila buat pesanan 2/3 bulan sebelum tarikh majlis persandingan.Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan sebarang kerumitan seperti tempahan anda terpaksa ditolak disebabkan tempahan sudah penuh terutamanya bagi majlis yang berlangsung pada musim cuti sekolah.
Cara membuat pesanan
Anda boleh membuat pesanan dengan cara menghantar email kepada kami di kerjakawinbajet@gmail.com
Reka Bentuk Grafik
Kami mempunyai koleksi kad-kad kahwin yang terkini untuk anda pilih.Namun jika anda. Sila klik disini untuk kada caj reka bentuk grafik.
Peta
Sila sediakan kepada kami lakaran peta untuk kami hasilkan dalam bentuk grafik. Sila klik disini untuk kadar caj reka bentuk peta.
Pengesahan akhir reka bentuk dan peta
Sebelum ke proses percetakan, kami akan memberikan kepada anda hasil akhir reka bentuk keseluruhan kad dan peta untuk pengesahan dari pihak anda. Anda dinasihati untuk menyemak hasil akhir terutama ejaan nama dan juga alamat. Setelah hasil akhir ditandatangani oleh anda, kami akan terus ke proses percetakan. Sebarang kad kahwin yang telah siap dicetak dan sekiranya terdapat kesilapan pada ejaan-ejaan yang telah dipersetujui oleh pihak anda, kami tidak akan bertanggungjawab.
Bayaran Deposit Pertama
Sila buat bayaran deposit pertama sebanyak 50% dari jumlah pesanan ke akaun bank kami. Nombor akaun akan diberi setelah pesanan dibuat.
Proses Cetakan
Proses cetakan hanya akan dimulakan setelah bayaran deposit 50% pertama dibuat dan setelah semua draf hasil akhir reka bentuk dipersetujui dan ditandatangani. Proses cetakan akan mengambil masa antara 7-14 hari bekerja bergantung kepada musim dan juga kerumitan kad anda (custom design).
Siap Dicetak
Kami akan menghubungi anda sebaik sahaja kad telah disiap.Anda juga boleh menghubungi kami utnuk mengetahui status kad anda dalam tempoh 7 hari selepas kad dicetak.
Bayaran Akhir
Anda diminta untuk membuat bayaran akhir sebanyak 50% dan juga kos penghantaran.
Penghantaran
Penghantaran melalui kurier terpilih hanya akan dibuat setelah bayaran akhir dan kos penghantaran dibuat.
NOTA: Segala urusan perniagaan kami hanya melalui email kerjakawinbajet@gmail.com , ini kerana kami masih mengikuti pengajian di UTeM dan kami memohon maaf sekiranya email anda mengambil sedikit masa untuk dibalas.. harap maklum.
Kami menyediakan perkhidmatan tempahan design dan printing kad jemputan atau doorgift bagi sebarang majlis dengan harga BAJET anda
pengumuman
kami memohon maaf sekiranya pertanyaan lambat dijawab, dan maklumat yang diberikan kurang lengkap kerana blog ini masih dalam proses untuk disiapkan sepenuhnya..
Selamat Datang!
Hai semua, Impian Kahwin menyediakan persiapan majlis anda dengan bajet yang murah..
maka dengan itu, kami telah menghasilkan rekaan-rekaan yang cute dan comel dengan kos yang sangat murah bagi meringankan tanggungjawab anda dan paling penting menggalakan kita semua agar tidak membazir dalam persiapan sesebuah majlis perkahwinan..
untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di kerjakawinbajet@gmail.com