pengumuman

kami memohon maaf sekiranya pertanyaan lambat dijawab, dan maklumat yang diberikan kurang lengkap kerana blog ini masih dalam proses untuk disiapkan sepenuhnya..

Selamat Datang!

Hai semua, Impian Kahwin menyediakan persiapan majlis anda dengan bajet yang murah..

maka dengan itu, kami telah menghasilkan rekaan-rekaan yang cute dan comel dengan kos yang sangat murah bagi meringankan tanggungjawab anda dan paling penting menggalakan kita semua agar tidak membazir dalam persiapan sesebuah majlis perkahwinan..

untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di kerjakawinbajet@gmail.com

Wednesday 5 March 2014

terima kasih atas sokongan anda

Assalamualaikum wbt,

Alhamdullilah Ik sudah kembali beroperasi walaupun belum sepenuhnya (printing direhatkan sementara waktu kerana peralatan yg rosak akibat banjir).kami ingin memohon maaf kepada semua yang menghantar email semasa banjir kerana kami terputus hubungan untuk mengakses laman blog ini pada ketika itu.

di samping itu juga, masih ramai yang bertanya tentang perkhidmatan melukis peta, ya masih kami terima tetapi kami ingin menjelaskan promosi rm15 yang tertera sebelum ini hanya sah bagi tahun 2012 sahaja. Harga. Perkhidmatan ini telah kembali kepada asal iaitu rm20 utk satu peta dan rm30 untuk dua peta. Sebarang pertanyaan berkenaan perkhidmatan ini boleh menghubungi kami melalui email.

Kami akan cuba untuk memberikan perkhidmatan yg terbaik dari masa ke semasa mengikut kemampuan kami. Ikuti perkembangan kami di laman ini untuk sebarang promosi mahupun produk baru yang ditawarkan.

Terima kasih kerana mengunjungi blog kami! Ik.